Thursday, April 16, 2009

Perlawanan Bola Jaring Interzon-PPANPk








Perlawanan bola jaring interzon PPANPk telah berlangsung pada 12 April yang lalu dengan menampilkan 7 kumpulan yang berentap untuk menjadi johan.
Pada pukul 7.00 pg,kami dari Zon Utara telah bertolak ke Ibu Pejabat PPANPk di Ipoh.Selain zon 1,2,3,4 dan 5 terdapat 2 wakil dr Ibu Pejabat iaitu kumpulan VIP(terdiri dari para pegawai) dan kumpulan ibupejabat sendiri.
Pendaftaran bermula pukul 8.30 pagi di hadapan padang PPANPk. Permainan diteruskan kepada separuh akhir sebelum waktu rehat.Pelbagai ragam dan stategi untuk menentang pihak lawan.
Akhirnya kumpulan VIP telah mengungguli kejuaraan dan diikuti oleh kumpalan Ibupejabat.Manakala Zon Sri Iskandar telah mendapat tempat ke 3 menumpaskan kumpulan kami(zon Utara)
Apa-apa pun,kami berjaya memasuki separuh akhir.Itu yang membanggakan kerana rata2 kami "buta sukan" dan langsung tidak pernah bermain.Terima kasih kepada jurulatih kami iaitu Kak Dayang.
MAJUKAN SUKAN UNTUK DIRI KAMU!!!!!!!!!


Thursday, April 2, 2009

Peranan Perpustakaan Desa Kepada Masyarakat

Daripada 3 keratan akhbar yang diperolehi melalui Bernama dan Utusan online jelas menunjukkan kepentingan perpustakaan desa untu menyalurkan maklumat,merapatkan jurang digital dan seterusnya memberikan satu keperluan kepada masyarakat khususnya di desa untuk menikmati kemudahan yang ada pada sesebuah perpustakaan.

Perpustakaan desa adalah satu medium penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam merealisasikan untuk mewujudkan masyarakat suka membaca dan seterusnya mengaplikasikan segala kemudahan untuk merapatkan jurang maklumat antara bandar dan kampung.

Dengan pendedahan rumah ke rumah,akan juga meningkatkan kesedaran pembacaan walaupun tiada kemudahan pengangkutan atau musibah yang tidak membolehkan pembaca untuk datang ke perpustakaan. Golongan yang disasarkan untuk 'pintu ke pintu' adalah golongan yang jauh dari kawasan perpustakaan, tiada pengangkutan, uzur dan orang kurang upaya. Golongan-golongan inilah yang berminat kepada membaca seharusnya tidak menjadikan halangan untuk membaca buku.

Selain itu, dengan adanya program pintu ke pintu ,dapat menjalinkan persaudaraan dan ikatan antara petugas dan masyarakat desa di dalam usaha memupuk minat membaca.

Semoga program ini akan berjaya dilaksana kelak. Tiada apa yang boleh dibanggakan selain melihat anak -anak kita rajin membaca.

3PD perkukuh peranan perpustakaan desa

JOHOR BAHRU 15 Mac (Utusan)- Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bercadang untuk memperkenalkan Pelan Pembangunan Perpustakaan Desa bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaannya agar ia benar-benar memberi faedah kepada masyarakat luar bandar.
Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pelan pembangunan desa atau 3PD itu akan dilaksanakan bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini sehingga 2011.
Katanya, 3PD berteraskan kepada tiga elemen utama iaitu mewujudkan jawatankuasa perpustakaan desa, memperluaskan peranan dan perkhidmatan perpustakaan desa serta membabitkan syarikat swasta dan badan korporat.
''Ketiga-tiga elemen yang dicadangkan itu dilihat akan memberi satu anjakan kepada mutu dan kualiti perpustakaan desa sedia ada.
''Anjakan ini penting bagi memastikan tiada jurang maklumat di antara kawasan bandar dan luar bandar dalam usaha kita memajukan negara,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Perpustakaan Desa 2009 yang dihadiri seramai 1,000 peserta, di sini hari ini.
Mohd. Shafie berkata, sehingga kini terdapat 1,089 buah perpustakaan desa di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 614 buah adalah di bawah seliaan kerajaan negeri dan selebihnya di bawah seliaan Perpustakaan Negara.
Pembinaan perpustakaan itu juga memberi peluang pekerjaan kepada lebih 1,500 rakyat Malaysia.
Beliau memberitahu, sebanyak 50 buah perpustakaan desa akan dibina setiap tahun dengan melibatkan kos kira-kira RM200,000.
Pembinaan tersebut adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat di semua peringkat umur untuk membentuk insan yang berilmu.

Perpustakaan ‘rumah ke rumah’

KUALA LUMPUR 24 Mac(Utusan) – Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bakal menyediakan perkhidmatan pinjaman buku dari rumah ke rumah kepada orang ramai.
Ketua Pengarah PNM, Raslin Abu Bakar berkata, pendekatan unik itu merupakan strategi dalam melaksanakan program perkhidmatan perpustakaan desa yang lebih menarik dan dinamik .
‘’Perkhidmatan ini memberi peluang kepada masyarakat bagi menambah pengetahuan melalui bahan bacaan yang disediakan oleh PNM.
‘‘Ia turut bertujuan meningkatkan kesedaran kepentingan membaca terutama di kalangan masyarakat luar bandar,’’ katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Minggu Bioteknologi 2009 di Perpustakaan Negara di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut Naib Presiden Kanan, Bahagian Perancang dan Strategi Biotech Corp., Mohd. Yazid Abd. Hamid.
Raslin memberitahu, program berkenaan telah berjalan selama sebulan bermula awal bulan ini.
‘‘Petugas-petugas perpustakaan akan pergi dari rumah ke rumah bagi memberi perkhidmatan pinjaman buku.
‘‘Dalam tempoh tersebut, masyarakat menyambut baik perkhidmatan yang disediakan. Program ini akan diteruskan supaya masyarakat mendapat pendedahan serta memupuk minat membaca bagi semua peringkat umur,’’ katanya.