Monday, March 8, 2010

Aktiviti Bersama Pelajar Tadika KEMAS








Pada pukul 10.30 pagi,pihak perpustakaan menerima kunjungan daripada 3 buah Tabika KEMAS yang berhampiran dengan perpustakaan ini.Tadika KEMAS terdiri daripada Tadika KEMAS Simpang Gudang,Tadika KEMAS Pantai Besar dan Tadika Sungai Ara.Para pelajar mula diberikan tugasan untuk menyambung garisan buah epal dan kemudian mewarnakan.Selepas tamat sesi melukis dan mewarna,pihak perpustakaan mengadakan satu sesi bercerita dan kemudian membuat kuiz yang mudah selepas sesi bercerita.Pada 11.30 pagi satu sesi penyampaian hadiah untuk 3 orang kanak-kanak yang berjaya melukis dan mewarna buah epal dengan baik.


Disediakan oleh :

(SITI NOOR LEELA BT HUSAIN)
Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara
08 Mac 2010

Thursday, March 4, 2010

Pertandingan Sudoku





Pada pukul 3.30 petang,pihak perpustakaan telah mengadakan permainan sudoku untuk kanak-kanak tahap 2.Mereka diberikan penerangan sebelum menjawab soalan soduku.Hasilnya mereka memahami corak permainan yang berasal dari Jepun.Ia dapat meningkatkan keupayaan berfikir untuk menjawab soalan sudoku.

Disediakan oleh :
(SITI NOOR LEELA BT HUSAIN)
Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara

Aktiviti Membuat Topeng Kucing



Pada 2 Mac 2010 perpustakaan telah mengadakan aktiviti membuat topeng kucing bersama kanak-kanak yang berumur 7 hingga 9 tahun.Seramai 15 orang telah menyertai aktiviti ini.Para kanak-kanak diminta untuk mewarna gambar topeng kucing sebelum digunting dan dilekatkan pada kad manila.Hasilnya begitu seronok melihat kanak-kanak membuat aktiviti seumpama ini.