Thursday, April 8, 2010

Menakhoda Zaman=Helming the times



Mohd Najib Tun Haji Abd Razak,Dato'Sri,1953-
Menakhoda zaman/Najib Tun Razak.
ISBN 978-983-068-479-6
1-Malaysia--Politics and government, I.Judul
324.2595
Semanjung M'sia=RM42.00
Sabah/Sarawak=RM45.00

Buku ini terbit berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh YAB Dato'Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,selaku Timbalan Presiden UMNO semasa Perhimpunan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun 2004,2005,2006,2007 dan 2009.Tema pokok ucapannya dikekalkan tetapi bentuk teks penerbitan disesuaikan untuk kepentingan pelbagai kelompok khalayak pembaca.

"Dimensi baru menuntut bangsa Melayu melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing untuk berlumba menjadi antara yang terbaik di pentas dunia.Mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali berubah.Jika Melayu gagal menakhoda zaman,merekalah yang akan ketinggalan zaman."

p/s: Buku ini terdapat di Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara,Batu Kurau utk bacaan.

Monday, March 8, 2010

Aktiviti Bersama Pelajar Tadika KEMAS








Pada pukul 10.30 pagi,pihak perpustakaan menerima kunjungan daripada 3 buah Tabika KEMAS yang berhampiran dengan perpustakaan ini.Tadika KEMAS terdiri daripada Tadika KEMAS Simpang Gudang,Tadika KEMAS Pantai Besar dan Tadika Sungai Ara.Para pelajar mula diberikan tugasan untuk menyambung garisan buah epal dan kemudian mewarnakan.Selepas tamat sesi melukis dan mewarna,pihak perpustakaan mengadakan satu sesi bercerita dan kemudian membuat kuiz yang mudah selepas sesi bercerita.Pada 11.30 pagi satu sesi penyampaian hadiah untuk 3 orang kanak-kanak yang berjaya melukis dan mewarna buah epal dengan baik.


Disediakan oleh :

(SITI NOOR LEELA BT HUSAIN)
Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara
08 Mac 2010

Thursday, March 4, 2010

Pertandingan Sudoku





Pada pukul 3.30 petang,pihak perpustakaan telah mengadakan permainan sudoku untuk kanak-kanak tahap 2.Mereka diberikan penerangan sebelum menjawab soalan soduku.Hasilnya mereka memahami corak permainan yang berasal dari Jepun.Ia dapat meningkatkan keupayaan berfikir untuk menjawab soalan sudoku.

Disediakan oleh :
(SITI NOOR LEELA BT HUSAIN)
Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara

Aktiviti Membuat Topeng Kucing



Pada 2 Mac 2010 perpustakaan telah mengadakan aktiviti membuat topeng kucing bersama kanak-kanak yang berumur 7 hingga 9 tahun.Seramai 15 orang telah menyertai aktiviti ini.Para kanak-kanak diminta untuk mewarna gambar topeng kucing sebelum digunting dan dilekatkan pada kad manila.Hasilnya begitu seronok melihat kanak-kanak membuat aktiviti seumpama ini.




Tuesday, February 23, 2010

Aktiviti Kolaj Bersama Pelajar Pra Sekolah














Pada 18 Februari 2010,pihak perpustakaan telah menjemput pelajar dari 3 buah sekolah berhampiran untuk sama-sama menjayakan aktiviti kolaj ini.Seramai 15 orang pelajar dan diiringi 3 org guru.Sekolah yang terlibat adalah dari SK Sg Ara,SK Pantai Besar dan SK Relang.
Para pelajar diberikan tugas untuk menyiapkan sebuah gambar sebiji epal yang dilekat dengan kertas warna.3 orang telah dipilih untuk menerima hadiah daripada perpustakaan.