Wednesday, April 1, 2009

Perpustakaan Desa Tawar Pinjaman Buku Pintu Ke Pintu

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kakitangan perpustakaan desa akan turun padang dengan mengetuk pintu rumah penduduk kampung sambil menawarkan buku untuk dipinjam dalam usaha meningkatkan kesedaran membaca di kalangan masyarakat desa.Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Raslin Abu Bakar berkata menerusi perkhidmatan dari pintu ke pintu itu, para pertugas perpustakaan desa akan pergi ke rumah penduduk desa dengan buku yang sesuai untuk mereka baca tanpa menunggu penduduk datang ke perpustakaan untuk membuat pinjaman.Beliau berkata program itu kini dalam proses percubaan selama sebulan oleh beberapa buah perpustakaan desa bermula bulan ini sebelum ia dilaksanakan secara besar-besaran oleh 1,089 buah perpustakaan desa di seluruh negara."Respons yang diterima setakat ini amat menggalakkan terutamanya di kalangan masyarakat Orang Asli," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Minggu Bioteknologi" anjuran Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) di PNM di sini hari ini.Beliau berkata sejak dimulakan pada 2005, setiap Perpustakaan Desa kini mempunyai sekurang-kurangnya 5,000 naskah buku yang dipilih bersesuaian dengan keperluan penduduk setempat."Ini merupakan sebahagian daripada kempen secara agresif yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat yang kini menunjukkan peningkatan dengan kadar pembacaan seorang rakyat Malaysia sebanyak lapan hingga 12 buku setahun," katanya.Sebanyak sembilan agensi kerajaan terlibat dalam Minggu Bioteknologi itu yang diadakan sehingga 28 Mac ini yang merangkumi pelbagai aktiviti seperti pameran, demostrasi Sains, forum prospek kerjaya, ceramah mengenai Forensik DNA, kualiti keselamatan dan halal produk kosmetik, pertandingan poster, peraduan melukis dan mewarna serta kuiz.Sementara itu, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perancang dan Strategi BiotechCorp, Mohd Yazid Abd Hamid berharap pameran ini akan dapat meningkatkan kesedaran dan minat terutamanya golongan pelajar terhadap bidang bioteknologi, di samping menyalurkan maklumat tentang hasil kajian yang dijalankan oleh intitusi penyelidikan dan universiti.-- BERNAMA

p/s: kerja makin berat nampak gaya,kena turun padang selalu.

AKTIVITI KOLAJ

















KAMPUNG SEKITAR PD KG SG ARA

Kampung Sg. Ara adalah satu kampung yang terletak di bawah Mukim Batu Kurau, Perak. Jaraknya dari Bandar Taiping sejauh 38 km dan dari pekan Batu Kurau ialah 13 km. Ketua kampung yang pernah berkhidmat di Kampung Sungai Ara iaitu Encik Hassan bin Pandak, Encik Awang Sulong, Tuan Haji Mahmud bin Isa,Encik Fauzi B Nawi , Tuan Yusuf B Dahee dan yang sekarang adalah Tuan Haji Muhamad Halil bin Haji Abdullah.

Kampung yang terdapat dalam Kampung Sungai Ara

  • Kampung Sungai Ara
  • Kampung Pulau Damar
  • Kampung Haji Mat Asek
  • Kampung Kelian Chinei

Kampung yang berhampiran dengan Kampung Sungai Ara

  • Kampung Pantai Besar
  • Kampung Jemerang Star
  • Kampung Gudang

Tuesday, December 16, 2008

PANDANGAN HADAPAN PERPUSTAKAAN





Pintu ke pintu strategi baru untuk jayakan kempen membaca

KUALA LUMPUR 11 Dis. — Mulai tahun depan, petugas kakitangan perpustakaan akan mengunjungi rumah-rumah di kawasan luar bandar untuk menawarkan pinjaman buku kepada penduduk luar bandar.

Strategi “pintu ke pintu” itu akan dilaksanakan di kawasan perumahan luar bandar di sekitar perpustakaan desa bagi menyuburkan budaya membaca di kalangan rakyat terutama di kalangan masyarakat luar bandar, kata Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Teng Boon Soon.

“Kita mendapati bilangan pembaca yang menggunakan kemudahan perpustakaan desa memang jauh daripada memuaskan.

“Cara itu (pintu ke pintu) dilihat dapat mempertingkatkan pembudayaan membaca di kalangan masyarakat luar bandar,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd. Nasir Zakaria (Pas-Padang Terap) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk mengadakan kempen membaca secara agresif kepada masyarakat desa supaya tidak terus ketinggalan.
Teng berkata terdapat 1,089 buah perpustakaan desa di seluruh negara. - Bernama