Monday, March 8, 2010

Aktiviti Bersama Pelajar Tadika KEMAS








Pada pukul 10.30 pagi,pihak perpustakaan menerima kunjungan daripada 3 buah Tabika KEMAS yang berhampiran dengan perpustakaan ini.Tadika KEMAS terdiri daripada Tadika KEMAS Simpang Gudang,Tadika KEMAS Pantai Besar dan Tadika Sungai Ara.Para pelajar mula diberikan tugasan untuk menyambung garisan buah epal dan kemudian mewarnakan.Selepas tamat sesi melukis dan mewarna,pihak perpustakaan mengadakan satu sesi bercerita dan kemudian membuat kuiz yang mudah selepas sesi bercerita.Pada 11.30 pagi satu sesi penyampaian hadiah untuk 3 orang kanak-kanak yang berjaya melukis dan mewarna buah epal dengan baik.


Disediakan oleh :

(SITI NOOR LEELA BT HUSAIN)
Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara
08 Mac 2010

No comments: